Thursday, June 3, 2010


Blog Zon Artis baru sahaja dilancarkan pada 01.April 2009 dan sehingga kini Unique Visitor yang diterima semakin bertambah dari hari ke hari. Dan kami menjangka ianya akan terus bertambah seiring dengan pertambahan usia serta kandungan yang akan dimuatkan kedalamnya.

Berikut adalah statistik terkini Zon Artis yang diambil dari cPanel kami dan ianya sangat boleh dipercayai. Ini kerana Number of visit hanya diambil kira berdasarkan unik IP. Oleh itu, tiada kiraan berulang untuk IP yang sama walaupun pelayarnya adalah berbeza.

Statistik Zon Artis (bulan Jun):



Statistik Zon Artis (bulan Julai):



KELEBIHAN BERIKLAN DI ZON ARTIS:

- Harga tempahan iklan sungguh berpatutan malah jika dilihat ianya sangat murah diantara blog yang sepertinya.

- Slot iklan yang terhad. Ini bermakna, tidak akan wujud iklan yang bertimbun sekaligus dapat mengurangkan persaingan.

- Kami juga membuat pengiklanan di merata-rata blog dan website. Ini bermakna, pelawat unik sentiasa masuk ke Zon Artis.

- Banner dan link iklan juga boleh ditukar sebanyak 3 kali semasa tempoh pengiklanan jika anda menempah untuk 30 hari.

- Paling penting, anda tak perlu berasa kekok untuk berurusan dengan kami kerana kami sentiasa menganggap anda sebagai rakan kami.

- Oh ya, anda tidak perlu takut ditipu krn kami bukanlah seperti apa yang anda sangkakan. Kalau tertipu sekalipun, polis kan ada :)

Selain itu, website kami juga telah mendapat tempat oleh media mainstream bilamana website kami disenaraikan di dalam artikel mereka. Ini bermakna, ianya sedikit sebanyak menaikkan saham kami walaupun kami hanyalah sebuah website hiburan underground dan secara tidak langsung akan membawa pembaca dan pelawat baru untuk mengikuti cerita-cerita terbaru di Zon Artis. Adakah ianya tidak berbaloi untuk iklan anda? Jika anda kurang yakin, anda lihat sahaja screenshot di bawah ini:



So, fikir-fikirkanlah dan selamat menempah iklan di sini.

PAKEJ & HARGA PENGIKLANAN


Pakej Extravaganza - banner 728 x 90 (header)

Iklan anda akan berada pada slot paling atas iaitu pada bahagian header dan ianya akan dapat dilihat oleh pembaca kami disetiap page. Keberkesanan iklan untuk pakej ini adalah sangat tinggi dan ianya sangat-sangat disyorkan untuk anda yang mahukan keuntungan yang berlipat kali ganda.

Harga: RM200 untuk 30 hari *Terhad untuk 1 iklan sahaja.


Pakej Premium - banner 336 x 100 (sidebar atas sekali)

Iklan untuk Pakej Premium akan berada pada bahagian sidebar dan ianya diletakkan pada posisi paling atas. Dengan pakej ini, iklan anda dapat dilihat pada setiap page dan potensi untuk di'klik juga sangat tinggi.



Harga: RM100 untuk 30 hari

*Terhad untuk 1 iklan sahaja.

Kekosongan: TIADA


Pakej A - banner 125 x 125 (sidebar under title very cool advertisement)

Untuk pakej ini, iklan anda juga akan berada pada sidebar sama seperti Pakej Premium. Namun untuk Pakej A ini, ianya berada dibawah sedikit tetapi potensi untuk mendapat klik juga sangat tinggi memandangkan ianya dapat dilihat pada setiap page.



Harga: RM60 untuk 30 hari

*Terhad untuk 6 iklan sahaja.

Kekosongan: 3


Pakej Homepage - banner 468 x 60 (muka depan sahaja)

Iklan untuk Pakej ini pula hanya akan berada pada homepage iaitu pada muka hadapan website sahaja. Setiap iklan akan diletakkan pada bahagian paling atas dari koleksi artikel kami. Ini bermakna, potensi iklan dilihat dan di'klik juga adalah tinggi kerana 'organik visitor' kami pastinya akan melihat koleksi artikel terbaru dengan merujuk pada HOME



Harga: RM40 untuk 30 hari

*Terhad untuk 5 iklan sahaja.

Kekosongan: 2


PEMBAYARAN IKLAN

Buat masa ini, kami hanya mempunyai akaun Maybank sebagai medium menerima bayaran. Namun begitu anda masih boleh membuat bayaran secara online dari akaun lain selain Maybank tetapi bayaran tersebut mungkin akan kami terima dalam tempoh yang agak lewat. Oleh itu, sebarang iklan hanya akan diproses setelah bayaran disahkan.

Berikut adalah butiran akaun kami:



No akaun: 1651 2517 3246

Penama akaun: Mohd. Azizwan Bin Rusli

Sesudah anda selesai melakukan pembayaran, segera hantarkan maklumat berikut kepada kami di adminzonartis@gmail.com:

- Bukti bayaran yang telah anda lakukan. Jika bayaran dibuat secara online, hantarkan kepada kami screenshot ataupun copy paste transaksi tersebut. Jika anda membuat bayaran secara manual pula iaitu melalui mesin ATM, anda boleh ambil gambar atau scan resit transaksi. Ini adalah perlu untuk rujukan kami.

- Attach'kan banner iklan anda berdasarkan pakej yang telah anda pilih. Dan jangan lupa maklumkan kepada kami tempoh iklan tersebut seperti jumlah bayaran yang telah anda lakukan. Dan 1 lagi, sertakan juga URL lengkap iklan tersebut.

Pastikan anda hantar ke adminzonartis@gmail.com yer.

Kami akan memproses iklan anda dalam kadar yang segera dan kebiasaannya kurang dari 12 jam bergantung pada keadaan. Jika kami free, mungkin dalam masa kurang 1 jam iklan anda sudah berada di Zon Artis dan tempoh pengiklanan hanya akan kami kira bermula 12am pada hari tersebut.

Jika anda mendapati iklan anda masih tidak dipaparkan di Zon Artis selepas 3 hari anda membuat bayaran, segera hantarkan emel kepada kami untuk memaklumkannya. Mungkin emel makluman pembayaran yang anda hantar tidak kami terima dek kesilapan anda mengisi alamat emel penerima.

PENTING! Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas iklan sekiranya timbul masalah teknikal seperti domain suspended atau overused web hosting dan sebagainya. Ini bermakna, tiada pemulangan wang akan dibuat jika berlaku sebarang perkara diluar jangkaan. Namun begitu, kami akan 'extend' iklan jika website kami masih boleh beroperasi seperti biasa.

Sekian,

Admin Zon Artis
Emel: adminzonartis@gmail.com

Posted by Posted by Admin at 10:56 PM
Categories:

1 comments  

 
>